Nabi Ismail dan penempatan di Mekah
Nabi Ibrahim membawa Hajah dan Nabi Ismail ke sebuah lokasi yang sekarang letaknya Masjidil Haram dan meraka berhenti di bawah sebuah pokok yang sekarang terletaknya perigi Zam-zam. Nabi Ibrahim meninggalkan bekal segantang air dan sebakul buah kurma lalu meninggalkan mereka bersendirian. Apabila mereka kehabisan bekalan air,Hajah berlari-lari anak menaiki bukit Safar dengan harapan ada sesiapa yang berkemungkinan lalu lalang,Namun tiada sesiapa yang di temuinya. Maka beliau puin berlari pula ke bukit bersebelahan yang berhampiran iaitu Bukit Marwah yang mana beliau mendaki Bukit itu dan melihat di sekeliling namun masih tiada kelihatan sesiapa pun. Beliau mengulangi perbuatan itu sebanyak 7 kali. Sempena perbuatan beliau itu,hingga kini sudah menjadi amalan bagi mereka yang mengerjakan Haji dan Umrah yang dipanggil Sa’ie.
Akhirnya, datang sesorang malaikat pada lokasi perigi Zam-zam lalu malaikat itu mengali tanah gesang dengan tumitnya dan terpancarlah mata air. Dari air itu Hajah menghilangkan dahaga dan member minum kepada anaknya Nabi Ismail. Malaikat itu pun berpesan kepadanya supaya tidak bimbang kerana di sinilah terletaknya lokasi rumah Allah (masjidilharam) yang di minum anaknya itu bersama ayahnya (Nabi Ibrahim).
Maka beliau dan anaknya pun tinggal di situ beberapa kitika hingga lalunya puak Jurhum berhampiran dengan lokasi meraka. Puak ini yang sudah mahir selok-belok kawasan itu merasa terkejut serta kagum dengan kewujudan dan mata air disitu berdasarkan pengetahuan mereka, kawasan itu tidak terdapat air padanya. Selepas didapati Hajar berdiri berhampiran dengan mata air itu, maka mereka meminta kebenaran daripadanya bagi membina penempatan untuk puak mereka di situ. Permintaan itu dipersetuju oleh Hajah namum beliau menegaskan mereka tiada hak ke atas mata air itu dan hal itu dipersetujui oleh mereka.
Selepas Nabi Ismail meningkat dewasa dan penduduk kawasan itu semaik ramai, Maka puak itu pun mengawinkan salah seorang anak perempuan mereka dengan Nabi Ismail. Tidak berapa lama selepas itu, Hajah pun meninggal dunia dan Nabi Ibrahim pun menziarahi mereka.
Selepas perkahwinan itu, kedatangan Nabi Ibrahim bagi bertemu anaknya tidak kesampaian kerana Nabi Ismail tiada di rumah ketika itu. Sebaliknya, Nabi Ibrahim menemui isteri Nabi Ismail yang tidak mengenali beliau walaupun beliau adalah bapak mentuanya. Nabi Ibrahim bertanyakan keadaan hidup mereka berdua pada isteri Nabi Ismail. Beliau mengadu perihal kepayahan hidup mereka kepada Nabi Ibrahim yang baru pertama kali di jumpainya.
Perkara itu tidak di senangi Nbai Ibrahim lalu beliau meninggalkan pesan kepada anaknya supaya menukar tangga rumahnya yang memberi isyarat supaya Nabi Ismail menceraikan isterinya itu. Selepas pemergian Nabi Ibrahim, Nabi Ismail pulang kerumah dan isterinya pun menceritakan kedatangan seorang orang tua serta menyampaikan pesanan yang di tinggalkannya. Nabi ismail yang memahami isyarat ayahandanya itu lalu menceraikan isterinya.
Selepas itu beliau berkahwin lain. Nabi Ibrahim sekali lagi datang menemui Nabi Ismail, Namun peristiwa yang sama berulang apabila beliau hanya dapat menemui menantunya. Beliau menanyakan perkara yang sama denagn isteri Nabi Ismail yang baru ini sepertimana dengan isteri yang sebelumnya. Menantu yang baru itu menyatakan kesyukuran dengan apa yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Nabi Ibrahim menyenangi perilaku menantunya itu dan meninggalkan pesan supaya Nabi Ismail mengekalkan tangga rymahnya kali ini.
Selepas Nabi Ibrahim beredar, Nabi Ismail pun pulang ke rumah dan isterinya itu menceritakan apa yang berlaku ketika pemergiannya. Nabi Ismail memahami sekali lagi pesanan ayahandanya danb mengatakan pada isterinya itu yang perkahwinan mereka pasti kekal bahagia dan aman.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar