Gambar Kaabah

Gambar  Kaabah

MEKAH

Kota Mekah terletak di bagian Barat Kerajaan Saudi Arabia di tanah Hijaz, yang dikelilingi oleh gunung-gunung, terutama di sekitar Ka'bah. Dataran rendah di sekitar Mekah ialah Batha sebelah Timur Masjidil Haram disebut perkampungan Ma' la, sedangkan Barat Daya masjid ialah Misfalah. Rasulullah S.A.W ialah warga Ma' la kerana beliau lahir dan menetap di sana sampai tiba saatnya hijrah ke Madinah. Bahkan ketika Fath Makkah ( Pembebasan Kota Mekah), Nabi S.A.W dan para pengikutnya masuk ke Mekah dari arah Ma' la.

Terdapat tiga pintu masuk utama ke kota Mekah, yaitu Ma' la (disebut juga Hujun, iaitu bukit dimana terdapat kuburan para sahabat dan syuhada) misfalah, dan syubaikah. Kota Mekah berada dalam ketinggian kurang lebih 300 m dari permukaan laut.

Keutamaan-keutamaan Mekah

Diantara keutamaan-keutamaan Mekah ialah kerana Allah telah memilihnya sebagai; (1) tempat di bangunnya rumah ALLAH ( Baitullah); (2) Kota kelahiran dan kenabian Muhammad, penutup para Rasul; (3) tempat beribadah para hambanya serta adanya kewajiban atas mereka untuk mengunjunginya, baik dari jauh mahu pun dekat; (4) tempat yang tidak boleh seorang pun masuk kedalamnya kecuali dengan kerendahan hati, khusyu, kepala terbuka dan meninggalkan segala bentuk pakaian dan perhiasan dunia; (5) tempat yang dijadikan ALLAH sebagai tanah suci yang amat, yang tidah boleh ada pertumbuhan darah; (6) tempat yang dimaksudkan untuk menghapuskan dosa-dosa masa lalu; (7) tempat yang mensyariatkan kepada manusia untuk bertawaf di Ka'bah;

Jumat, 11 Juni 2010

kisah kiamat



KISAH PENGHUJUNG AKHIR ZAMAN


Sekarang kita sampai kepada pembahasan keadaan manusia penghujung akhir zaman. Semenjak zaman Adam syaitan sudah bergiat memperdaya manusia dan manusia pun ramau terpengaruh. Namun demikian di akhir zaman nanti semakin lagi ramai manusia yang mengikuti tipu daya zaman. Manusia semakin jahat sehingga nanti binatang pun turut bercakap membicarakan keadaan manusia. Bergitu juga benda-benda lain seperti tongkat,cambuk dan sandal, masing-masing geleng kepala melihat tingkah laku manusia.

Dari Abu said, Rasulullah SAW bersabda: “Belum terjadi Kiamat sehingga keluar seseorang dari rumahnya kemudian bercerita kepadanya sandalnya, cambuk atau tongkatnya tentang apa yang terjadi kepada keluargannya.”

Dari Abu said, Rasulullah SAW bersabda: “ Demi Tuhan yang diriku berada dalam kekuasaan-Nya, belum terjadi kiamat sehingga binatang buas bercakap kepada manusia.”

Begitulah keadaan manusia nanti di akhir zaman. Manusia hidup bebas tanpa aturan dan tanpa batasan. Kerana tidak berpegang kepada peraturan, Khususnya ketentuan syarak, maka masyarakat menjadi kacau bilau. Banyak terjadi pencurian, pembunuhan dan sebagainya. Dalam hal pembunuhan itu manusia tidak memandang orang yang manjadi mangsanya lagi. Ada orang yang membunuh kawannya, membunuh anaknya, membunuh ayahnya, ibunya, kekasihnya dan sebagainya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar